Oleh: Ustaz Sulaiman Ismail
Lokasi: Masjid Ar-Rasyidin , Masjid Daerah Alor Gajah MELAKA
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita
mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang
tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.
Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka
pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat
dengan lebih berkat.
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh
Sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak
pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin
hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah
baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih
dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah
ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak
pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan
rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang
suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh
Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi
hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu
berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar
masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi,
dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat
manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme...

No comments:
Post a Comment