Lokasi: Surau Al-Baalawi Kg. Dalong Alor Gajah MELAKA
1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya
pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak
sengaja dan terpaksa. Jika buat sekalipun tidak khusyuk dan ada kesungguhan.
Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang
bermaksud:
"Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan
tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah
at-Taubah ayat 54).
2) Tidak tersentuh
ayat Al-Quran.
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka
tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dari membaca
al-Quran dan mendengarnya. Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang
bermaksud: "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut
kepada ancaman-Ku."
(Surah Qaaf ayat 45).
3) Tidak tersentuh
dengan perkara yang terjadi.
Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat
memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian
atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan
dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai
nasihat dan peringatan".
4)Berlebihan
mencintai dunia serta melupakan akhirat .
Semangat dan segala keinginannya
tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira
berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk
urusan dunia sahaja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia .
5)Berkawan dengan
orang yang melakukan maksiat.
Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi
kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan
dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa,
banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang
melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat.
6)Kemaksiatan yang
berterusan.
Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang
dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi
seseorang itu melepaskan dirinya.
7)Meremehkan dosa
kecil.
Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan
membawa ke neraka. Seperkara yang kita perlu faham, dosa besar bermula dengan
dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.
8)Tidak peduli
sumber makanan.
Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang
prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat,
yang dikira sedap dan enak. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau
bukan Islam yang penting sedap dan enak. Begitu juga dengan punca pendapatan,
sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat
banyak, hidup kaya raya.

No comments:
Post a Comment